Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Thursday, March 24, 2011

Masa Terus Berlalu...

Sudah dua tahun berlalu. Masa berlalu begitu pantas. Banyak perkara pahit manis dan suka duka yang berlaku sepanjang tempoh itu. Apa pun, adalah perlu untuk kita redha dengan apa yang pun berlaku. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan!

Koperasi Kinta Utama Perak Berhad telah pun berusia dua tahun. Ini Tahun yang ketiga. Kalau anak-anak, ia sudah pandai pun berlari, bermain dan membuat ibu ayah tersenyum dari masa ke masa. Pastinya Ko-KITA juga akan mula membuahkan hasil sekiranya ia pokok kelapa sawit. Dan hasilnya mungkin sudah dapat kita sama-sama rasa ketika ini.

Malangnya, harapan tinggal harapan, Ko-KITA masih merangkak-rangkak serta berjalan jatuh untuk terus maju. Tiada ramai yang peduli tentang kewujudannya. Mungkin masing-masing sibuk dengan agenda sendiri yang pastinya untuk memastikan kemandirian. Makan pun belum cukup, bagi yang telah cukup, mereka mahu lebih gemuk lagi. Mungkin.

Hakikatnya, kepentingan sendiri adalah lebih utama. Walaupun telah diceritakan dengan baik, namun kepentingan diri masih tetap menjadi penghalang. Soalan yang biasa adalah, “Lu Sapa?”. Atau kalau tidak terkeluar dari mulut, ia menjadi jebikan maut.

Soalnya, sehingga saat ini, masih belum ada lagi seruan yang serupa dengan apa yang dilaungkan oleh Ko-KITA ini.

“Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5 teras yang diusahakan oleh Koperasi Kinta Utama Perak Berhad (KO-KITA) iaitu;

1. Hyper-market
2. Pembinaan Bangunan dan Rumah
3. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
4. Penjualan Kenderaan
5. Tempat Pelaburan

Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut, maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.

Hyper-market merupakan fenomena di abad ini. Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada ahli pada harga RM 1,200.00 secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk mereka di Hyper-market ini.

Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM 1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000 orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00

Ya! Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan betul, Ko-KITA sebenarnya adalah sebuah koperasi yang lain!

Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan 300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00 ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!

Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini, anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah. Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita pun boleh tinggal di situ percuma.

Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran, koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini benar-benar bebas riba.

Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.”

Perancangan yang teliti telah dibuat untuk merealisasikan semua rancangan ini. Pun begitu, tanpa sokongan dari orang ramai, semua rancangan ini akan kekal dalam bentuk tulisan tanpa dapat membantu sesiapa pun.

"Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan matlamat penubuhan Koperasi Kinta Utama Perak Berhad ini. Amin!"

Read more...






Friday, March 18, 2011

Stop Complaining...

I have seen this many times... Its what u have and not what u should have, its what u can do and not what u could have done... get the full use of what u have and be grateful... Stop complaining and let us start something great from here... !

Saturday, March 12, 2011

Enau Dalam Belukar...

"Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang membawa maksud tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan."

Peribahasa tersebut adalah sangat tepat untuk menggambarkan masyarakat kita pada hari ini. Tiada salah sedikit pun. Masing-masing sibuk dengan agenda sendiri yang pastinya untuk memenuhkan tembolok masing-masing dan bermegah-megah dengan rumah, kereta, isteri dan lain-lain yang boleh dikatakan besar-besar belaka.

Tiada lagi sikap bantu membantu dan percaya mempercayai. Yang penting adalah apa yang aku boleh dapat. Perkara ini sebenarnya adalah barah dan perlu rawatan segera. Sekiranya terlalu sukar, maka adalah lebih baik ditinggalkan supaya dapat kita menumpukan segala usaha dan tenaga untuk mencari keredhaan Allah serta bekerja sama dengan mereka yang sihat, supaya kita juga menjadi sihat. Amin...

Sunday, March 6, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, ada penderma dari Kota Bharu yang layak untuk menerima Bantuan Pinjaman Kewangan bagi bulan ini... Bacaan lanjut

Pun begitu, rupanya masih ramai yang tidak faham tentang konsep pinjaman tanpa faedah ini atau sememangnya mereka cuba untuk menipu dan mengambil kesempatan dari program ini. Seperti yang pernah saya katakan dulu, mereka menyangka mereka boleh menipu sedangkan tiada orang lain yang ditipu melainkan diri sendiri!

Konsep asas Pinjaman Tanpa Faedah Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak ini adalah seperti berikut:

1. Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak ini sebenarnya mengutip derma untuk membantu menyediakan kemudahan dan memberi bantuan kepada pesakit-pesakit buah pinggang bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.

2. Sekarang ni, orang ramai, kalau nak derma RM 10 pun susah. Soalannya, "Apa yang saya dapat?".

3. Jadi kita buat program Bantuan Pinjaman Kewangan ini untuk menggalakkan orang ramai menderma.

4. Bila seseorang itu menderma, dan mengajak orang lain menderma juga, apabila cukup syarat, pertubuhan akan beri orang itu pinjam dulu sebahagian dari kutipan derma tersebut.

5. Bayaran balik pinjaman ialah 40 bulan. Derma RM 100 boleh pinjam RM 1,000 bila cukup syarat.

6. Bila dapat pinjam RM 1,000, Derma pula RM 1,000 tu, boleh pinjam RM 10,000 bila cukup syarat.

7. Dengan kata lain, derma yg dikutip itu sebenarnya dua kali digunakan, satu - bagi org pinjam tanpa faedah, dua - bantu pesakit buah pinggang dapatkan rawatan hemodialisis.

8. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil terdekat. See More

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

"Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya" (Riwayat al-Bukhari, 2/914)

Imam Ibn Hajar berkata terdapat tafsiran yang menyebut bahawa penyerupaan sebegini membawa erti meminta kembali hadiah adalah haram. Namun begitu, untuk anjing menjilat muntahnya adalah tidak najis maka ini tidaklah haram. Imam Ibn Hajar menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa hadis ini cukup memberikan erti jelas kebencian melampau Islam bagi seseorang bertindak meminta kembali hadiah yang telah diberikannya sehinggakan menyamakannya dengan anjing menjilat muntah. (Fath bari, 5/235)

Nabi juga bersabda :

ليس لأحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إلا الوالد فيما يعطي ولده

Ertinya : Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberi sesuatu hadiah kepada anaknya ( Riwayat Tirmizi; Hadis Hasan)

Adapun bagi sesiapa yang memberikan hadiah atau pemberian dengan syarat orang yang meneirma memulangkannya dengan lebih banyak. Ia pula dikira sebagai Riba sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas r.a

الربا هو أن يعطي الرجل عطية ليعطى منها أكثر

Ertinya : "Dikira riba adalah apabila seseorang memberi hadiah kepada yang lain sambil disyaratkan memulangkan kembali kepadanya dengan hadiah yang lebih banyak"